Wednesday, November 21, 2012

alkisah ( penipuan)

Pagi tadi saya dikunjungi oleh seorang saudara yg agak lama juga tidak berjumpa .Sedang bertanya khbar tentang kehidupannya tiba-tiba airmatanya mengalir,saya kehairanan,sambil menceritakan alkisahnya yg ditipu oleh kawan baiknya sendiri.sudahlah gajinya kecil terpaksa membayar hutang bank pula.Katanya dia sanggup membuat pinjaman utk kawannya itu krn tertarik dgn tawaran perniagaan dan tentunya pulangan yg lumayan.Lagi pula dia tidak trfikir langsung akan ditipu oleh kawannya itu.

Selepas mendapat pinjaman tersebut,perniagaan dijalankan tapi keuntungan tidak pernah dirasai pun sedangkan pinjaman sudah perlu dibayar balik.Setelah itu barulah dia sedar yg dia sudah pun tertipu
Dalam kehidupan hari ini kita kenalah berhati-hati;jgn mudah mempercayai walaupun kawan baik sendiri. Daripada kisah ini marilah kita mengambil iktibar.

Tuesday, November 13, 2012

sahabat



aku pernah punya sahabat,paling akrab aku kira kerana pernah tidur sebantal ,makan sepinggan .pernah
menangis bersama.kekadang aku rela berlapar bersamanya dan  kerana keakraban itu kami pun berjanji utk brsama selamanya...tapi itu dulu sebelum dia senang.setelah dia ada segalanya dia tinggalkn aku terkapar sendirian.dan krn aku berkecil hati aku pun menjauhkn diri darinya.tapi krn sayangkn persahabatan ini aku tetap mnjejakinya dan pastinya aku amat sayangkn nya tapi aku kecewa lagi bila setiap undangan aku tak pernah dipenuhi dan akhirnya aku pun kecewa krn kehilangan seorg sahabat.kini aku tidak ada sahabat lagi tapi mungkin akan ada lagi seseorg yg akan mnjadi sahabatku atau aku yg mungkin menjadi sahabat seseorang.insyaallah.

Friday, November 9, 2012

assalamualaikum




salam perkenalan .
saya ini blogger baru.
saya ingin belajar berblogging!selamat berkenalan dan sudilah membaca apa akan yg tercoret nanti.